Tuesday 5 January 2016

Vacation Hong Kong (07 - 11 December 2015) - Shoot with Fuji XT1 & Fujinon 10-24 F4

Saya ingin mengkongsikan pengalaman kali pertama bercuti ke Hong Kong selama 5 hari 4 malam. Gambar-gambar yang diambil dari Fuji XT1 & fujifilm 10-24 F4.

Percutian ini dirancang oleh adik saya Amsanawati Jumat melalui booking online tiket murah Airasia setelah melihat promosi tambang murah return RM600++ seorang. So untuk trip kami berenam (saya dan isteri, adik (Amsanawati) & suami (Dino) dan 3 orang anak kecil (Arish 8thn, Alya 6 thn dan Aimy 1 tahun).

Traveling secara budget.Saya bawa cash dalam RM2000.00 sahaja bersamaan HK3,600.00. Saya tukar di money exchage Wisma Merdeka dengan currency rate pada 05/12/2015 adalah 0.556.

Memandangkan makanan halal agak sukar di hongkong dan harga bilik hotel yang mahal kami memutuskan untuk menyewa apartment booking online di www.homeaway.asia Cari punya cari jumpa satu apartment dr link ini.

http://www.homeaway.asia/vacation-rentals/hong-kong/kowloon/tm-AFRWC90NwF5

This is a 3 bedroom apartment, good for 6 people   Key area: can reach 3 MTR stations in 5 mins: Kowloon, Jordan & Austin  This cozy 3 bedroom apartment is w

Copy n paste dari email 

Kelemahan dia owner dia di Taiwan dan dia harap pekerja dia org filipina Michele (+85254866934) untuk pickup anda di Austin Exit. Pengalaman tak dapat dilupa call owner (54866934) tak angkat phone walaupun berulang kali call dan whatsapp pun lambat balas. Kami sampai di Austin Exit dari jam 11 pagi tunggu hingga jam 2 petang itupun setelah kami giveup dan dalam perjalanan mencari apartment tersebut terserempak di muka pintu exit yang satu lagi. Alasan Michele mengapa dia lambat kerana kredit hp dia habis dan kalau habis kredit whatsapp pun tak dapat sent. Alasan yang sangat tidak munasabah kepada kami pada masa tersebut. Bayaran telah dibuat awal RM1500 secara online pada bulan Julai 2015 lagi. Apa terjadi selepasnya selepas sampai di apartment akan saya sambung lagi.

Tarikan utama kami memilih Hong Kong untuk jalan2 adalah untuk melihat:-

1.Disneyland World Park - taman tema.
2.Ocean Park - taman tema seperti Disneyland. Pesaing Disneyland
3.Avenue All Star - patung2 Bruce Lee dan tapak tangan buatan artis2 terkenal Hong Kong.
4.Tshim Sha Tsui - untuk melihat gemerlipan cahaya Hong Kong Harbour pada waktu malam - Symphony of Light.
5.Sky Terrace, The Peak - puncak tertinggi di Hong Kong. Pemandangan Hong Kong.

Penerbangan terus dari Kota Kinabalu - Hong Kong mengambil masa 2 jam 50 minit melalui penerbangan AK237 pada jam 6.30 pagi dan sampai jam lebih kurang 9.30 pagi. Semasa dalam penerbangan sila bersedia merakam pemandangan di awan dimana anda akan menyaksikan seperti berada diantara lantai dan bumbung awan yang luas. Pengalaman yang jarang saya lihat pada penerbangan saya sebelum ini. 



HARI PERTAMA (07-12-2015)

Tiba sahaja anda akan berjalan menuju ke tempat mengambil bagasi dan perlu melepasi imigresen. Imigresen disini agak ketat dan pengecaman muka dan pasport lebih teliti apalagi jika mempunyai alias mohamad. Sesuatu yang perlu Imigresen Malaysia perlu tingkatkan agar tidak mudah orang tanpa izin bolos sesuka hati dinegara kita. 

Perkara yang perlu anda buat selepas mendapat bagasi ialah beli simkard HK dan MTR card.

MTR card boleh dibeli dengan pek permulaan HK150 dan Simcard 5GB Data HK150 juga.



Apa yang buat dalam 5 hari ini banyak menggunakan MTR dan kad ini umpama nyawa anda. Boleh topup di kaunter MTR dan juga 7Eleven jika habis. Anda juga banyak berjalan di tunnel. Tidak seperti di Malaysia orang sesuka hati melintas jalanraya disini lebih sistematik semua melalui tunnel MTR dan banyak berjalan. Sistem pengangkutan MTR dia sangat maju. Tiada budak-budak muda melepak atau dinding berconteng semua kemas cantik dan ada lampu. Masa kami datang Hong Kong baru mula musim sejuk 18 darjah celcius walaupun tengahari. Memang sejuk so berbaloi la saya beli baju sejuk di H&M Imago.






Kedai 1010 tempat membeli simcard H. Tourism Board HK mempromosi kad sim untuk tourist usahama dengan syarikat telekomunikasi CSL.









 Naisah sempat bergambar di hadapan pentas Season's Greetings di airport ketibaan Hong Kong.
 Train yang akan saya naiki untuk berhenti di Tsing Yi sebelum menukar train MTR ke Austin.
 Mengikut emel pemilik apartment disini adalah tapak perjumpaan kami. Kami sampai disini dalam jam 11 pagi (7 Disember 2015) Setelah 1 jam menunggu disini kami beranggapan mungkin owner tunggu diatas sementara kami dibawah. So kami kemudian berpindah untuk naik ke atas mana tahu dia di atas.




  
Dari jam 11 pagi hingga jam 2 petang kami menunggu disini macam menunggu buah tak kunjung tiba. Dengan budak2 masing menangis mengatakan lapar dan menyatakan penat menunggu. Kami terus menunggu. Call tak angkat dan whatsapp pun macam mau tak mau membalas alasan stafnya juga telah lama menunggu kami kononnya. Dia tak dapat call kerana dia berada di Taiwan. Perasaan rasa kena tipu bercampur geram pun ada. Relaxkan fikiran dan nasib nasi makanan dalam airasia tadilah pengisi perut budak-budak ini sementara menunggu hampir 3 jam. Beginilah barangkali perasaan gelandangan yang duduk ditepi di jalan fikir kami lagi. Hari pertama sudah melalui pengalaman pahit dan sukar.


 Bayangkanlah berapa lapar dari jam 4.30pagi keluar rumah ke airport jam 2 baru termakan. Makan pun tepi jalan di Jordan Road Hong Kong sahaja. hehe rileks ko Arish dan Alya..pengalaman tak dapat dilupa ni. Nanti kalau sudah besar baca balik dan gelak la sorang-sorang ya..



Dalam masa menunggu tu sempat lagi posing-posing kebaru-baruan sampai Hong Kong kan. Berguna kamera fuji Xt1 & lensa 10-24 F4 apalagi dengan fungsi built-in wifi. Warna sekitar agak cool grey dan blue2 sikit sejuk 18 darjah celcius. Abadikan gambar dahulu di Jordan Road Hong Kong.










Setelah adik dapat  bercakap dengan owner apartment itupun setelah post2 gambar keadaan kami dengan gambar arish alya makan tepi jalan baru dia angkat phone. Dia post location map premis di whatsapp. Kami pun  berjalan ke arah location map yang diberikan premis yang kami sewa itu terletak di Man Yiu Building di jalan Man Yuen Street.

Dalam perjalanan ke aparment berdasarkan map location whatsapp kami pun sampai di bangunan Man Yiu Building. Disini banyak pintu masuk masing-masing dengan pintu security berpassword. Tiba-tiba ada seorang perempuan berjalan ke arah kami dan adakah kami penyewa yg sedang menunggu orang katanya. Kami katakan ya dan beliau berkata dia telah lama menunggu kami tetapi dia tiada kredit untuk reply. Rasa mcm mo maki hamun sahaja tetapi ada juga rasa gembira kerana perasaan ditipu sedikit terhakis. Kebetulan pintu bangunan untuk masuk ke apartment tepat ditempat kami berhenti mencari. 


Kelihatan campuran perasaan gembira oleh orang dewasa dan wajah sedih arish kerana kecewa tak dapat duduk di stroller. Alya dalam stroller bad mood kepenatan.

Kami pun dibawa Michele ke tingkat 2 rumah penginapan. Sesampai di tingkat 2, Michele menyuruh kami tunggu sebentar kerana penginap rumah tersebut belum checkout dan meminta kami tunggu di kaki lima lif. Sekali lagi timbul rasa kecewa mcm semua penuh halangan dan ada sahaja tak kena. 





Sempat lagi Arish layan game di Samsung S6 ibunya. Kira-kira dalam 30minit penginap terdahulu berbangsa filipina itu pun keluar dari rumah tersebut dan Michele masuk ke dalam untuk membersihkan rumah tersebut. Kira-kira dalam jam 3 petang akhirnya kami berjaya masuk di rumah. Perasaan lega kerana akhirnya kami tidak jugalah kena tipu tetapi melalui keadaan yang sukar dan penuh debaran.

Share dahulu keadaan rumah sebelum kita proceed. Apartment adalah sama seperti dalam gambar iklan homeaway.


 Arish sedang meragam nak hong kong dollar dari ibunya.

Rehat sebentar sebelum menunggu makanan dimasak.

Tandas memang compact dan kecil. Pintu tak boleh lock so awas kalau sedang mandi hati2 le..


3 bilik seperti di gambar website. Bilik memang kecil buka pintu sahaja memang katil dan sedikit ruang untuk berjalan masuk. Ada main suis untuk mengecas telefon dan barangan elektrik. paling best ada dapur, tempat masak nasi, tempat masak air dan kuali untuk memasak.

Kami berehat sebentar dalam 1 jam di rumah tersebut dan menyediakan makanan seperti nasi dan lauk sardin untuk makan malam sebelum memulakan perjalanan untuk melihat Hong Kong buat kali pertama ke East Tsim Tsa Shui iaitu Night View Hong Kong Harbour.


Laluan jalan selepas turun dari apartment kediaman kami.


Ada juga orang melepak tepi jalan di Hong Kong tapi macam orang filipina yang bekerja di kawasan pembinaan seberang jalan.

 Gambar siap-siap lokasi apartment kami tinggal supaya ingat time pulang.
 Dihadapan apartment kami tinggal ada bangunan sedang dalam pembinaan. Terus teringat cerita Police Story Jackie Chan dengan pemasangan bambu-bambu pada bangunan tersebut.




 Laluan yang kami lalui setiap hari selama 5 hari menginap disini. Cuaca sejuk 18 darjah celcius dan sekali sekala berangin. Color photo memang berbeza kalau shoot disini walaupun setting Fuji XT1 guna Astia..nampak blueish cool color. Sedap tonenya.




 Laluan untuk masuk ke tunnel MTR Austin Station. Cuba lihat gambar diatas dan dibawah.

Gambar didalam tunel MTR.



 Papan tunjuk arah didalam tunnel.

 Selalu nampak di filem kantonis ja nama2 jalan ni sekarang depan mata.
 Limpas tempat menunggu tengahari tadi memang bikin panas kalau diingati.
 Kaunter layan diri untuk beli tiket atau topup kredit MTR Card.
 Snap dulu gambar peta untuk kegunaan kalau sesat nanti.
 Sampai tertidur Aimy dalam stroller. Semua pakai baju sejuk. Orang Hong Kong memang style dan kemas beza betul dengan negara kita kalau berpakaian.
 Bah pandang camera uncle dulu Arish.
 Perjalanan ke Hong Kong Harbour di East Shim Tsa Shui untuk melihat pemandangan Hong Kong pada waktu malam atau dikenali sebagai Symphony of Lights. Gambar-gambar movie lama dan pelakon lagenda hong kong turut di pamer pada sepanjang perjalanan di tunnel.

 1930's Hong Kong.

 Saya 1920's Hong Kong.

 Arish dengan motorsikalnya. Hey Bruce Lee la vroom2..
 Alya tengok apa tu….
 Wa chaaa…Amsanawati..

Naisah tengok kamera saya




Excalator untuk naik ke Hong Kong Harbour View.
 Symphony of Light - Hong Kong View at night. - Fuji XT1 & 10-24 F4
 Amsanawati dan husbandnya Dino.
A
 Amsanawati, Dino, Alya & Aimy.
 Amsanawti, Dino,Arish & Alya.
 Tak mahu ketinggalan untuk abadikan gambar kenangan.
 Season greeting electronic board.
 Sempat bergambar untuk kenangan.

 Bergambar satu family.


Pemandangan waktu malam Hong Kong yang dihiasi cahaya dan kapal berlabuh.


 Avenue All Star. Bruce Lee.


 Dino sambil melihat tapak tangan artis Hong Kong.
 Naisah & Bruce Lee.

 Hong Kong memang bandaraya yang bersih dan tong sampah pun menarik dan kemas.

 Melalui beberapa kawasan dalam pembinaan dan turut kelihatan bas double decker. Semasa di Hong Kong kami banyak menggunakan MTR sebagai pengangkutan dan memang banyak berjalan kaki di tunnel. Kanak-kanak kecil akan merunggut kepenatan kerana banyak berjalan kaki.



 Memang kalau sekali luar dari MTR memang pening tak dapat fikir dimana halatuju seterusnya. Perlu berkumpul dan lihat papan tanda dimana perlu keluar exit.



 Alya dan Arish sedang berebut nak naik stroller. Sementara Dino tengah buat susu Aimy.
 Memang fast pergerakan di tunnel ini semua dengan hala tuju masing-masing. Saya perasan orang Hong Kong jika kita bertanya jalan memang sombong dan tidak suka melayan orang. Mungkin mereka tidak tahu berbahasa Englih atau memang sifat mereka begitu. Cuba share pengalaman anda. So orang yang anda harus tanya jika bertanya arah adalah di kaunter pertanyaan ataupun petugas MTR di setiap pintu masuk MTR atau pintu exit. Jangan malu bertanya nanti sesat jalan.









Saya jumpa Fuji Laundry sini bolehlah cuci gambar nanti hehe TAMAT HARI PERTAMA.

HARI KEDUA - DISNEYLAND HONG KONG

Gambar-gambar yang diambil sepanjang hari kedua.









Kelihatan awal pagi pekerja membersihkan laluan tepi kedai.
Stesen bas mini di Austin Exit.
Siok tinguk kaler cool di gambar kalau di Hong Kong sejuk 18 darjah celcius.






Keadaan dalam MRT di Austin.



Lihat papan tanda Tung chung untuk ke Disneyland.



Smile Alya.












Semua pun bergaya dengan baju sejuk.



Train khas untuk sampai ke Disneyland.


Didalam train pun mmg semua theme Disney.








Sampai di Disneyland denagn cuaca mendung.























Terdapat masalah semasa kami hendak masuk dimana tiket yang dibeli secara online tidak diterima oleh Disneyworld. Kami terpaksa menghubungi Viator dan meminta Viator bercakap dengan pegawai informasi kaunter. Moral of the story jika hendak beli online beli dengan agent penjual tempatan di Hong Kong. Viator bukan based Hong Kong. Habis kredit gara-gara call Viator sahaja.



Suasana excited nak masuk Disneyworld dimana pintu hanya dibuka pada jam 10 pagi. Ramai orang beratur untuk masuk ke dalam.



Selepas melepasi gate masuk terus bergambar kenangan.

Ambil map Disney sebelum memulakan perjalanan. Map banyak membantu semasa kita didalam taman tema.

Souvenir gift yang dijual di Disneyworld.Memang mahal-mahal semuanya dalam HK100 dan ke atas.



































Arish dan Alya berebut stroller.Masing-masing kepenatan berjalan.

Bakal fotografer di masa hadapan. Istana Disneyland.


















































Memang mempersonakan didalam gua buatan.



























































































Lawatan kami di Disneyland tamat pada jam 7 petang dengan acara penutup simbolik Elsa sempena ulang tahun ke-10 Disneyland di Hong Kong.



HARI KETIGA - OCEAN PARK HONG KONG (09/12/2015)

Pada hari ke-3 (09/12/2015), cuaca hujan renyai-renyai bermula jam 7 pagi.

Kali ini kami perlu berkumpul di Hotel Kowloon jam 9.00 pagi untuk menunggu kenderaan tour guide menghantar kami ke Ocean Park Hong Kong.




Anjing ini akan tidur dihadapan kedai ini seperti menjaga kedai tuannya.

Berjalan ke Hotel Kowloon tempat pickup point oleh syarikat inbound ke Ocean Park.

My name is Peter. (Tour Guide) yang membawa kami ke Ocean Park dari Kowloon Hotel. Kelihatan pelancong dari England. Katanya dia berasal dari West Bromwich dan kali pertama juga di Hong Kong tetapi telah sebulan di beberapa tempat di China melancong bersama seorang lagi rakannya juga dari England.

Semasa dalam perjalanan Peter ada menceritakan Happy Valley dan Unhappy Valley. Happy Valley adalah tempat race kuda dimana orang hong kong akan berjudi dan di sebelahnya pula adalah Unhappy Valley kawasan perkuburan yang luas. Di Hong Kong menurutnya, setiap rakyat berhak di tanam dalam tanah selama 3 tahun sahaja dan selebuhnya perlu dikeluarkan untuk di tanam di tempat lain atau di bakar untuk disimpan dalam tabung abu mayat.
Mr Peter juga ada berkongsi cerita bahawa di Hong Kong setiap family rata-rata tinggal di rumah apartment berkeluasan 400 sg ft dan punya dua tingkap sahaja. Harga rumah adalah mahal dan rata-rata family mempunyai 1-2 orang anak sahaja. Sementara kos untuk memiliki lesen dan permit teksi boleh menjangkau kos sebanyak HK1 juta.
Sampai pun di Ocean Park.
Taman Tema Ocean Park adalah milik syarikat HK yang sama hebat seperti Disneyland. Cable car dan roller coaster dia mmg lebih mencabar dari Disneyland. Sayangnya masa kami sampai hujan sudah turun renyai-renyai.













Arish dan Alya mulai pakai baju hujan kerana hujan semakin lebat.





Berbaris untuk menaiki cable car untuk naik ke tingkat atas.




Best bercampur gayat semasa berada didalam cable car.









Perasaan gayat dan pemandangan menarik dari atas cable car menuju ke puncak.












Saat gembira apabila sampai di puncak Ocean Park.

























Nama-nama adik beradik serigala yang ada dalam kandang.








Bergambar sama panda.













Pertunjukan anjing laut.





 Golden Monkey

Sichuan Golden Snub nosed monkey.







































































 Test meniaga buah dulu di Hong Kong.
Arish meniaga pisang di HK Street.









































 Sepanjang hari hujan di Ocean Park so layan juga melawat semua rugi dah sampai tak lawat.


Hari Ke-4  The Peak Tram Sky Terrace : Puncak Tertinggi di Hong Kong.

Gambar-gambar semasa dalam perjalanan ke The Peak dari turun apartment Man Yui Building-MTR-The Peak Tram Sky Terrace.























































Sesampai di destinasi MTR Central kena berjalan kaki ke The Peak Tram Station dalam 10 minit merentasi bangunan-bangunan pencakar langit.





 Double Decker bas ikon Hong Kong.



























 Harga Return Tram seorang adalah HK320 untuk dewasa dan HK280 untuk kanak-kanak.





























 Masuk sahaja ke dalam bangunan dari tram terus menuju ke Kedai Menjual Cenderahati. Brli disini murah berbanding membeli di Disney dan Ocean Park. HK100 boleh dapat 9 unit cenderahati keychain.



 Pelbagai pilihan keychain.














 Anda jangan terkejut kalau tiba-tiba salesgirl dia boleh cakap melayu. Tapi bila anda tanya langsung diam ni tak dapat jawap. Mereka hanya tahu "ambil 9 HK100 atau Selamat Datang atau Terima kasih". Banyak orang Malaysia akan mereka sangka dari Indonesia mungkin ramai pelancong dari Indonesia ke Hong Kong.


 Antara tempat menarik di The Peak adalah Madame Tussauds.

Madame Tussauds adalah tempat kita dapat melihat replika buatan patung-patung artis dan tokoh-tokoh dunia. Antara Bruce Lee, Obama, Maddona, Bettles dan artis-artis popular barat, hong kong, korea dan china.













































































































































































Sky Terrace - Puncak Tertinggi di Hong Kong.









 Dari Sky Terrace kita boleh melihat bandar Hong Kong. Keadaan pasti lebih menarik diwaktu malam dengan kerlipan lampu warna-warni.





















 Dalam tram untuk perjalanan turun ke bawah.
 Keadaan selepas keluar dari MTR.





 Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Sham Shui Po.

Sham Shui Po adalah kawasan untuk mencari barangan IT Golden Shopping Centre mana tahu murah dan produk baru daripada Lowyat boleh beli bawa pulang Malaysia.






















 Setelah penat berjalan-jalan di Sham Shui Po, kami hanya membeli power bank dan cable Remax. Harga memang rasanya murah lagi kalau beli di Karamunsing Complex atau Centre Point. So jangan expect beli di sini murah. So cuci mata sahaja lihat barang2 yang dipamerkan. Bateri Fuji XT1 bagus beli di Fotosaga, Fotomat atau CPL sahaja lagi murah.

Kami mengambil kesempatan untuk pulang jalan kaki sahaja dari Sham Shui Po ke Man Yuen Street berdasarkan Waze. Satu sikap orang HK yang saya tidak suka adalah apabila kita bertanya arah mereka tidak mahu memberikan arah atau tidak mesra dengan orang luar. Mungkin mereka tidak fasih berbahasa english. So kita di Malaysia lagi bagus dan ramah jika orang bertanya jalan.


 Budak-budak kelaparan bila nampak stall ayam goreng so berhenti membeli sekejap sebelum meneruskan perjalanan.



































































 Kedai ini lebih murah kalau ada hendak membeli jika dibandingkan dengan 7Eleven.




















 Lega sampai sudah di depan pintu masuk apartment. Kelihatan osong sedang memasukkan password pintu.






Hari Kelima (11 December 2015) : Bertolak Pulang ke Kota Kinabalu. 

 Bertolak awal ke Airport pada jam 6 pagi (11-12-2015) untuk mengelak terlepas flight pulang ke Kota Kinabalu pada jam 10 pagi.
 Keadaan awal pagi sepanjang perjalanan berjalan kaki ke MTR.


 Mungkin iklan jualan hartanah atau sewa rumah.

















 MTR Map.
































 Terdapat banyak kedai di sepanjang tunnel.

 Setiap kali keluar MTR mesti pastikan dimana exit kita.
 ATM Hang Seng Bank.
 Arish katanya wah ada mesin gambar sendiri.
 Mesin Gambar Passport.








Satu pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan. Bandar moden mungkin 30 tahun dihadapan Malaysia terutama sistem pengangkutan MTR dan infrastruktur bangunan dan kemudahan, penduduknya yang berpakaian kemas dan berfesyen, 2 taman tema yang menarik dan paling siok cuaca sejuk 18 darjah celcius, barangan yang agak mahal sesuai untuk jalan-jalan sahaja murah lagi di Malaysia. Daripada cash HK3600 yang saya dapat simpan dan bawa pulang HK1600:)

Percutian dengan membawa kamera Fuji XT1 dan lens 10-24 memang menarik kerana ringan dan dengan fungsi wifi semua gambar boleh upload terus ke picasaweb dan facebook apabila sampai di kawasan yang free wifi seperti rumah kediaman, CSL Free wifi dan airport.

Bye Hong Kong semoga berjumpa lagi!