Sunday 24 October 2010

CT Street Photography | Kota Kinabalu | 26 September 2010 | Sabah

Jom jalan-jalan sambil mengambil gambar "Street Photography | Kota Kinabalu | Sabah". Saya sempat menyertai workshop Chott pada 26 September 2010.

Apa yang saya mau lihat adalah bagaimana Chott melihat street photography daripada mata dan lensanya disamping mengenali rakan-rakan fotografi di Sabah, Semenanjung Malaysia, Labuan dan juga Sarawak.

Banyak pengalaman dan keinsafan dirasai semasa street photography di sekitar Jalan Sinsuran, Jalan Gaya dan tidak kurang yang dimarahi oleh pekedai dan ada juga yang menyambut dengan senyuman kehadiran kami.

Gambar-gambar yang dapat saya kongsikan:-









Wednesday 20 October 2010

Mr Borneo 2010 | Wisma Merdeka | 09 Oktober 2010


Mr Borneo adalah satu pertandingan bina badan yang di adakan pada setiap tahun dan lazimnya merupakan event persediaan sebelum atlit-atlit bina badan dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan ke pertandingan Mr Malaysia.

Sebahagian daripada gambar-gambar saya sempat saya ambil semasa pertandingan berlangsung di Wisma Merdeka pada 09 Oktober 2010. Suasana sesak dan panas tidak membataskan saya untuk mendapatkan shot-shot yang menarik dan terima kasih kepada Persatuan Bina Badan Sabah terutama En Jeffery Thadeus Bendahari Persatuan Bina Badan Sabah atas pelawaan dan kebenaran.

Berikut adalah keputusan lengkap yang saya perolehi daripada Miss Joyce Heng melalui website

http://sabahbodybuilding.blogspot.com/.

Mr Borneo 2010 (09 October 2010 - Saturday)

Fly Weight (55.5kg - 60.5kg)
1 - Jirom Bin Gundalam (Sabah)
2 - Oswald Jebing (Sabah)
3 - Abdul Mat Sali (Sabah)

Bantam Weight (60.5kg - 65.5kg)
1 - Malvern Abdullah (Sarawak)
2 - Simbun Daud (Sabah)
3 - Raime Matassan (Brunei)

Light Weight (65.5kg - 70.5kg)
1 - Robin Stephanus (Sabah)
2 - Mohd Faizal Razak (Sarawak)
3 - Wan Mustapha (Labuan)

Welter Weight (70.5kg - 75.5kg)
1 - Fong Hui Kong (Sarawak)
2 - Kasmin Tiangson (Sabah)
3 - Moryadi (Brunei)

Light Middle Weight (75.5kg - 80.5kg)
1 - Donny Fom (Sarawak)
2 - Hairol Tarmizi (Sarawak)
3 - Mohd Abdul Razak (PDRM)

Middle Weight (80.5kg - 85.5kg)
1 - Pg. Khalid Shah (Brunei)
2 - George Awi (Sarawak)
3 - Mohd Asyraf Akhmal Abdullah (PDRM)

Best Poser 2010
Robin Stephanus (Sabah)

Team Champion 2010
Sarawak

Champion of Champions 2010
Pg. Khalid Shah (Brunei)


Peserta yang sangat menonjol sepanjang pertandingan tersebut adalah atlit bina badan daripada Brunei, Pangeran Khalid Shah (Champion of Champions 2010), selain saudara Robin Stephanus (Best Poser 2010).

Semoga ditahun hadapan kita akan dapat melihat kelibat jaguhan bina badan kesayangan kita saudara Yong Chee Kean, Mark Allen Mogindol dan Geonid Lozitin menceriakan sukan bina badan dan sekaligus memberikan saingan kepada Atlit-Atlit Bina Badan daripada Brunei dan Sarawak yang sangat menonjol sama sekali pada kejohanan 2010 ini. Syabas dan tahniah kepada pemenang dan semua yang terlibat menjayakan Mr Borneo 2010.