Monday 27 May 2013

Sugandoi Kaamatan State Level 2013 | Final

Tahniah kepada pemenang:-

1. Gideon Hilarius (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu)
2. Fransisca Juingki (Sandakan)
3. Jacklyn Liew Vun Len (Penampang)

Penyanyi Popular: Fransisca Juingki (Sandakan)

Event : Sugandoi Kaamatan State Level 2013 | Final
Location:Dewan KDCA, Penampang.
Date : 25 May 2013
Photographer : Augustine Jumat

OLEH MARRYAN RAZAN

Gedion Hilarius wakil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) muncul johan pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2013 di Dewan KDCA, Penampang, pada malam Sabtu.

Dengan kemenangan itu beliau menerima hadiah wang tunai RM6,000 berserta piala dan sijil penyertaan.

Gedion membawakan lagu “Guminawo Zou Diau” dan lagu baru ciptaan Denis Primus bertajuk “Kanou Masi Id Katangaban”.

Tempat kedua dimenangi oleh Fransisca Juingki yang mewakili daerah Sandakan. Beliau menerima hadiah wang tunai RM4,000, piala dan sijil.

Fransisca yang membawakan lagu wajib “Adaa” dan lagu baru “Titungkap Piginawaan” hasil ciptaan Minami Sugali Anduini turut memenangi penyanyi popular dan menerima hadiah wang tunai RM300.

Manakala tempat ketiga pula dimenangi wakil daerah Penampang, Jacklyn Liew Yun yang membawakan lagu “Iziau Noh Songuhun” dan lagu baru ciptaan Alice Marius “Oi Apa”. Dengan kemenangan itu beliau membawa hadiah wang tunai RM3,000, piala dan sijil.

Pertandingan Sugandoi Kaamatan yang diadakan setiap tahun sempena sambutan Pesta Kaamatan di negeri ini disertai 37 orang yang mewakili semua daerah di negeri ini.

Bagaimanapun hanya 10 peserta dipilih ke pertandingan akhir iaitu Vui Kuang Apau (Kuala Penyu), Chrispine Joseph (Putatan), Jacklyn Liew Yun Len (Penampang), Fred Joanne Asoon (Tanjung Aru), Gedion Hilarius (DBKK), Azlee Mualip (Kudat), Jasri Madin (Kota Belud), Jimmy P. Masamil (Menumbok), Alwie Jusli (Kota Marudu) dan Fransisca Juingki (Sandakan).

Lagu-lagu baru ciptaan ahli jawatankuasa Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri yang dibawakan oleh para peserta ialah “Tomodon” hasil ciptaan Rollis Mitol, Nokotongkiad (Adolf Jamit), Oi Apa (Alice Marius), Ihumonku Kagarasonku (Diana Clevon Monjuil), Kanou Masi Id Katangaban (Denis Primus), Porotio Poh Daa (Betcy Micheal), Poihoo, Polotio Zou (Anna Stanislaus), Ganit Id Ginawoku (Cosmas Chin), Aiso Nodi (Petrus Martin) dan Titungkap Piginawaan hasil ciptaan Minami Sugali Anduini.

Pertandingan Sugandoi Kaamatan itu disempurnakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bagi mewakili Timbalan Ketua Menteri dan Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan bekas juara sugandoi kaamatan pada tahun-tahun sebelum ini.

Antara tujuan penganjuran pertandingan Sugandoi Kaamatan ialah untuk mencungkil bakat-bakat baru di kalangan belia tempatan di samping memartabatkan budaya dan lagu-lagu tempatan terutamanya Kadazandusun Murut



























































Friday 24 May 2013

Sugandoi Kaamatan State Level 2013 | Semi Final

Event : Sugandoi Kaamatan State Level 2013 | Semi Final
Location:Dewan KDCA, Penampang.
Date : 21 May 2013
Photographer : Augustine Jumat