Saturday 12 March 2016

Sabah V Melaka | Liga Perdana 2016

Keputusan: Sabah 2 - 2 Melaka
Jaringan:-
See Kok Luen m-41           Igor Cerina m-49
Balza Bozovic m-70           Leopold Alfonso Otong m-58

Photo taken: Augustine Jumat 
                     Nikon D3S & Nikon 70-200 F2.8 VR2 & Nikon 24-70 F2.8
                     Fuji XT1 & Fujinon 1855

Info berita:- Berita Harian.
KOTA KINABALU: Hasrat Sabah mencipta kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana musim ini tidak kesampaian apabila diikat 2-2 oleh Melaka United (MU) di Stadium Likas, di sini, malam ini. Bayangan keputusan itu mula nampak, apabila pasukan pelawat mendahului tuan rumah pada minit ke-41. Ia hasil jaringan See Kok Luen yang menguis masuk cubaan dari luar kotak penalti rakan sepasukannya, R Surendran bagi mengelirukan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim. Beraksi di hadapan lebih 2,500 penyokong, pasukan tuan rumah kemudian berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-49 hasil sepakan percuma pemain import dari Croatia, Igor Cerina. Sabah kemudian menggembirakan penyokong mereka pada minit ke-58 hasil jaringan Leopold Alfonso Otong menerusi sepakan lencong selepas berjaya menggelecek seorang pertahanan lawan bagi menjadikan kedudukan 2-1. Bagaimanapun pada minit ke-70, MU berjaya mengikat semula kedudukan hasil sepakan percuma menarik penyerang import, Balsa Bozovic dan kedudukan 2-2 itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil. Perlawanan tadi turut menyaksikan pemain Sabah, Maxsius Musa dilayangkan kad merah di masa tambahan kerana membantah keputusan pengadil perlawanan, Mohd Salleh Yaacob.
















































































No comments:

Post a Comment