Dua Libabow/medium pengantara dalam upacara ini adalah Puan Jumat Binti Gombur dari Kg Tagas dan Puan Bilod Binti Ebin dari Kg Telibong,Tuaran.
Upacara Monolibabow ini telah bermula pada jam 7.30 malam dan berakhir pada 11.30mlm tadi.
Pautan berita:-
Rituals to ‘contact’ spirits begin
http://www.thestar.com.my/
‘Monolibabou’ ritual starts to find cause of Sabah earthquake
Read More : http://www.nst.com.my/
In rare ritual, quake-hit Sabah tribes seek to unearth mountain spirit’s wrath
- See more at: http://
First ritual to appease Mt Kinabalu guardians
http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=100693
Info ringkas mengenai Tantagas.
Dipetik daripada penulisan Stevie Sebol
http://
Pakar ilmu tradisional (traditional priestesses) atau pakar dalam upacara ritual (kerohanian), atau 'Tantagas', adalah hampir kebanyakannya terdiri di kalangan kaum wanita, dan mahir dalam menghafal 'rinait,' iaitu sebuah pembacaan berupa dikir panjang/doa yang ditujukan kepada dewa-dewa di kalangan masyarakat kaum Dusun Lotud. Di kalangan kebanyakan kaum rumpun Dusun (Dusunic group) di Sabah, rinait merupakan satu genre yang unik umpama syair yang dibacakan secara lisan. Ia terdiri daripada siri ayat-ayat - pertama dalam bahasa sehari-harian, dan yang kedua (yang mempunyai makna yang sama) dalam upacara tersebut. Rinait tersebut menceritakan tentang penciptaan dunia; hal-ehwal dewa-dewa, asal-usul nasi, preskripsi/pengubatan dalam kehidupan; amalan-amalan kerohanian, dan aspek-aspek kebudayaan dalam kehidupan. Bacaan rinait mungkin dilakukan secara berbisik, laungan kuat atau lembut/sederhana, dan boleh bertahan untuk beberapa jam atau hari, mengikut konteks dan majlis.
Sistem hierarki Tantagas adalah seperti berikut - yang paling tua (pangkat nenek) mempunyai pengetahuan rohani yang luarbiasa dan biasanya mempunyai 'nilai kuasa' yang paling berkesan antara kesemuanya. Wanita muda mempelajari rinait dan amalan ritual daripada Tantagas yang lebih berusia dan berpengalaman (orang baru/muda dipanggil Tantagas Wagu), manakala yang paling kanan/tua dikenali sebagai Tantagas Lawid.
Bagi seseorang Tantagas, selain nama peribadi beliau, setiap daripada mereka mempunyai nama ritual yang merupakan nama cucu pertama mereka dan didahulukan dengan gelaran 'Odun.' Contohnya, cucu pertama bernama Lindaman, jadi apabila ditambah dengan gelaran Odun, akan menjadi Odun Lindaman.
Tantagas adalah individu pakar yang mahir dalam upacara kerohanian dan boleh melibatkan diri dengan dunia roh dalam memerangi gangguan syaitan (rogon) dan menyelamatkan roh individu sakit dalam upacara penyembuhan; memulihkan semangat padi yang hilang semasa upacara kesuburan, dan melakukan aktiviti kerohanian yang lain. Peranan utama Tantagas, bagaimanapun, adalah untuk mengimbangi dunia fizikal dan rohani.
Sesetengah Tantagas juga boleh mempunyai 'libabou', yang bertindak sebagai medium perantaraan antara dunia nyata dan dunia roh. Semangat ini (libabou/gimbaran) akan mengiringi mereka ke dalam dunia roh. Upacara 'malibabou' kebiasaannya dijalankan dalam upacara perubatan tradisional di kalangan masyarakat Dusun Lotud. Kebiasaanya seseorang Tantagas yang paling kanan juga mempunyai kebolehan dalam upacara malibabou, tetapi tidak semua Tantagas mempunyai kebolehan itu. Ada juga di kalangan individu biasa (yang bukan Tantagas) yang mempunyai kebolehan untuk menjalankan upacara malibabou. Libabou (semangat yang dimaksudkan dalam penerangan tadi) bukannya diperoleh melalui amalan tertentu, tetapi ia akan 'hadir' ke dalam diri seseorang yang 'terpilih.' Dalam konteks zaman sekarang, kita namakan sebagai seorang yang 'berhati bersih dan suci.' Manakala, seseorang itu mampu untuk menjadi seorang Tantagas melalui pembelajaran dan amalan-amalan tertentu (yang paling penting, harus hafal 'rinait' dan mengikut amalan yang betul sebagai seorang bakal Tantagas).
Tantagas boleh ditemui di daerah Tuaran/Tamparuli, Sabah.
nike lebron 16
ReplyDeletecoach outlet
golden goose
yeezy shoes
golden goose sneakers
jordan shoes
goyard
supreme outlet
fitflop
air max 270
hermes
ReplyDeletejordan 11
kobe
golden goose outlet
yeezy
golden goose shoes
off white
cheap jordans
off white clothing
off white outlet